CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 7, 2009

Trip to Cameron Highland




Hari ni Jihah pergi Cameron Highland dengan family. Seronok...dapat makan strawberi. Suasana sejuk sangat. Nak tidur malam menggigil. Kena pakai baju panas. Rasa ala-ala kat oversea plak. Ni gambar Jihah dengan Fatin kat Big Red Strawberry Farm kat Brinchang. Banyak lgi tempat lain Jihah pergi seperti Cameron Tea Valley dan Pasar Malam Brinchang. Umi beli banyak strawberi dengan sayuran. Bestnyer.....
.

Monday, March 16, 2009

Kenali Jihah...

Kalau nak tau, nama panggilan Najihah kat rumah ialah Jihah. Jihah tinggal kat Taman Saujana Utama di Sg Buloh. Ayah dan Umi Jihah kerja kat KL, sebab tu lah Jihah bersekolah di SR Al Amin. Jihah ada seorang abang, seorang kakak dan seorang adik.
Jihah seorang yang ceria. Jihah suka berkawan. Jihah ada ramai kawan kat sekolah. Kalau ada sesiapa yang nak berkawan dengan Jihah dialu-alukan...Jihah ni peramah dan suka berbual. Mungkin ikut Umi dengan Ayah kot. Umi dgn Ayah pun peramah.
Jihah suka warna pink. Jihah suka kat Barbie. ada banyak koleksi barang-barang Barbie kat rumah. Barbie ni cute. Sebab tu Jihah suka. Nanti Jihah akan bercerita lebih lanjut mengenai hobi Jihah dalam entry seterusnya...



Saturday, March 14, 2009

Salam mesra dari Najihah...


Ye ye...Jihah dah ada blog sendiri...Apa khabar semua...Nama saya Nur Najihah bt Raslee. Saya adalah anak ketiga daripada empat orang adik beradik....Saya berada dalam darjah 2 di Sek. Rendah Agama Al Amin, Kuala Lumpur. Inilah hobi terbaru saya iaitu blogging.....Selamat melayari blog saya. Tunggukan cerita2 saya seterusnya....